Wednesday, May 26, 2010

ibu gua

ibu gua sejak gua balik cuti semester ni kerap memberi nasihat kepada gua!
teori nasihat beliau pula tidak lain tidak bukan disampaikan dengan baik dalam bentuk leteran tipikal emak-emak!
ibu gua memang peleter tegar!
tetapi tidak sekali pun gua ambil hati kerana gua sedar itu tanggungjawap seorang ibu selepas penat lelah mengharungi aktiviti 'riadah suami isteri' bersama ayah gua dan mengandungkan gua selama 9 bulan!
ini sekali gus memberikan hak eksklusif kepada beliau utk memberi leteran ke gua!

di suatu petang yg damai sedang gua stim2 melayan siaran televisyen gua dikejutkan oleh leteran ibu gua!
dia kelihatan begitu risau dgn gua yg pada pemikirannya asyik terperap di rumah!
dia inginkan gua keluar utk beriadah bagi menyihatkan badan!
kadang kala leterannya diselang selikan dengan perkataan2 seperti cangkul, tanah, bercucuk tanam dan jagung!
gua mula paham intention sebenar dan isi-isi penting syarahan ibu gua pada petang itu!

gua ada juga sekali sekala ke dapur pura2 ingin minum air ketika syarahan berlangsung!
niat gua tiada lain ialah ingin memotong stim ibu gua sedang berleter!
adala dua tiga kali juga gua aplikasikan teknik ini.
malangnya modus operandi gua gagal kerana apabila gua kembali ke depan tv gua dapati ibu gua tetap tegar dan terus dgn leteran beliau!
agak kurang hajar kalau gua terus masuk ke bilik layan fesbuk dikala dia sedang berleter!
syurga di bawah tapak kaki ibu, bukan di wall fesbuk mahupun di blogspot! hehehe..


tiba2 leteran ibu gua terhenti..
gua x berapa ingat sgt mcmna boleh terberhenti tp kalau x salah gua leteran ibu gua terpotong sbb ayah gua call kot!
time2 mcmni la rasa sayang gua terhadap ayah gua bertambah! heheheh...

gua dengan senang hati membuka langkah terus kebilik layan fesbuk! tehehehe -_-"
peluang2 begini rugi jika dilepaskan!
tapi sebagai anak yg soleh gua tetap bear in mind yg niat ibu gua berleter petang tu ialah supaya gua beriadah peluhkan badan sihat sentiasa! tu je..





p/s: ibu gua xtau yg gua hari2 berpeluh sbb bersauna! cadar katil gua ni kalau gua balun tidur 5 jam siang hari, peluh punya pasal silap2 sampai boleh perah la gua rasa!

No comments:

Post a Comment