Thursday, February 17, 2011

Blackberry Curve

"gua baru beli henfon! Blackberry ni. Mahal kemain. Gaji basic RM800 pun belum tentu mampu milik benda benda tengah trend macam ni."


"oh ni Blackberry Curve ni! Gua tengok pun dah tahu."


"lu cakap baik baik sikit eh! Gua beli kat Pavilion ni."


"cilaka la!"

Monday, January 31, 2011

abang anuar

Dulu gua pernah kerja part time. Budak jenis tak reti duduk diam dan menghormati orang tua macam gua ni memang tak reti nak lenggang kaki buat taik mata saja di rumah. Mesti kena keluar cari kerja. Teknik 'serampang dua mata' memang tengah in dalam kepala otak gua time tu walaupun sampai sekarang gua haram tak tahu apa maksud 'serampang' tu. Yang gua tahu sambil kerja sambil cari makwe. keh keh keh.

Time gua kerja ni gua ada kenal dengan sorang brader gua panggil abang anuar. Abang anuar ni gua syak umur dia ada la dalam lingkungan awal 30 an. Sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak. Sepanjang gua kerja ni ada la berapa session juga gua lepak di kedai mamak dengan abang anuar ni time rehat.

Ada satu hari tu abang anuar bawak laptop yang dia baru beli dalam tiga empat bulan buat lepak sekali di mamak. Abang anuar mintak gua ajarkan cara cara memuat turun video dari youtube. Bersungguh benar nampak gayanya tu. Tapi apa jadahnya gua guna perkataan 'memuat turun'. Hipokrit benar bunyinya tu. cilake!

Abang anuar bukak satu video di youtube. "Kalau berpacaran" nyanyian ana raffali dengan dua orang lagi laki laki yang gua malas tulis nama dorang. Gua memang tahu abang anuar minat lagu tu sebab ada la tiga empat kali juga gua dengar dia nyanyi sorang sorang walaupun lirik dengan lagu kelaut.

Cerita punya cerita, eksplen punya eksplen, last last gua install-kan internet download manager kat laptop abang anuar. Ini sajalah cara yang gua rasakan paling senang untuk abang anuar download video video lagu di youtube. Boleh juga dia nyanyi sambil ikut lirik yang betul. Bukan main belasah nyanyi tunggang langgang macam sebelum ni. Buat malu saja.

Dalam masa sejam time gua rehat tu, lebih separuh masa gua habiskan cuma nak bagi abang anuar paham cara mendownload yang betul saja. Lapar punya pasal gua tak kisah sangat asalkan abang anuar seronok dapat download lagu lagu terbaru di youtube. Boleh juga dia buat modal berlagak dengan isteri dia di rumah nanti.

Sudah selesai semua kerja tutorial yang gua berikan ke abang anuar, gua cuba fokus ke makanan gua pulak. Tengah gua asyik belasah makan, abang anuar bersuara,


"lepas ni kira dah boleh download 'blue' la ni kan?"




haram jadah!

Friday, July 9, 2010

lapar

gua tak boleh tulis panjang-panjang ni.
nak keluar makan.
ni pun gua taip laju-laju.
lapar kemain ni.
perut kosong.


nampak jugak six pack kt perut sikit-sikit.
teheheheh...

Thursday, July 1, 2010

ntah sapa-sapa la minah ni

termasuk dengan yang ini - (link) - dah tiga(3) kali gua jumpak profile orang dengan album gambar muka awek yg sama. sorang klem dia org sabah(or sarawak gua tak ingat), sorang lagi budak indon, lepastu yg ni pulak kalau tak salah budak vietnam! sial apa, gua haram tak tergoda langsung! terus turn off..



p/s: jumpak gambar cun sikit, tipu orang klem tu gambar dia! ni jenis bangsa konfiden dalam diri tak tinggi, jenis tumpang kecantikkan orang!

Wednesday, June 23, 2010

keputusan pilihanraya terkini !


cheh! memang sorang-sorang nak kena pukul beserta tarbiah dengan gua ni! apa punya friends la...

Saturday, June 19, 2010

england vs algeria

gua malas nak ulas lebih-lebih mcm blog-blog lain!
game ni bagi gua bawak satu berita baik dan satu berita buruk je!
berita baiknya gua dah x berapa dgr sgt bunyi bising trompet vuvuzela tu!
berita buruknya pulak ialah gua terdengar bunyi abah gua baik punya berdengkur kt sebelah gua time tengah game!
satu perkataan je untuk gua simpulkan tentang game ni, BORING!
sekian gua melaporkan secara langsung selepas tamat perlawanan, dari konti bilik gua!




p/s: encik subkidin kalau lu terbaca ni, tolong sampaikan salam gua kt capello! lepastu lu sekeh kepala dia barang sekali dua...

Tuesday, June 8, 2010

tidur tak lena

gua terjaga dari tidor.
gua tak tahu kenapa tidor gua kali ni tak selesa.
gua akui memang iklim khatulistiwa dalam bilik gua panas tapi kepanasan hari tu lain sikit dia punya feel.
gua terjaga dari tidor je kepala ada pening sikit-sikit.
sikit je takde nampak bintang-bintang pun seperti yg digembar-gemburkan dalam cerita kartun.
khurafat betul nak bintang-bintang bagai.
hati gua pun tak berapa nak sedap sangat.
*memang hati tak sedap pun daging lagi sedap*

gua tengok kiri kanan, ok! normal..
outfit gua pun ok, dalam seluar tak basah.
gua langkah keluar bilik..
luar rumah gelap, menandakan malam lagi.
gua tengok jam kt dinding.
"awal lagi ni" getus hati gua.
gua pasang niat nak sambung tidor balik sementara menunggu fajar tiba.
sadenli nafsu serakah gua nak sambung tidor terputus.
gua patah balik langkah gua lantas menuju ke bilik air dgn niat berwudhuk.


----------------------------------------------------------------------------------


dem! dah 8.25 malam gua tak semayang maghrib lagi ni -_-"






p/s: jangan tidor dekat-dekat time maghrib especially hari sabtu! nanti lu orang terlepas cerita shin chan dgn doremon ! teheheheh...

Sunday, June 6, 2010

entri malas






p/s: gua bizi sikit kebelakangan ini! pasar malam pun gua dah tak pergi! tehehehe...

Monday, May 31, 2010

gerak gerak gerak khas !

gua tak berapa berkenan sangat drama-drama melayu berunsur kepolisan ni!
contoh terbaik gerak khas la!
yg gua hairan tu kenapa kalau time berjalan je nak jalan ramai-ramai dalam 4-5 orang?
yang jalan kt tengah tak lain tak bukan dah konfem-konfem yg jawatan paling tinggi..
yg apit kiri kanan pulak standard jabatan kerajaan la, kena ikut hierarchy jawatan !
agak-agak tak cukup semua ramai-ramai nak masuk dalam angle kemera yg shoot dari depan, alamatnya yg geng detektif-detektif ni la kena ikut berjalan kt belakang !
ni selalunya posisi detektif lim dgn detektif linggam la ni !
tapi gua dengar dah ada anggota baru sekarang..
yg anggota lama pun dah ada yg naik pangkat !
yang tak tahan tu detektif lim pun boleh naik pangkat padahal haritu gua dengar dia kantoi curi buku kt kedai buku terkenal di sekitar ibu negara !
mungkin novel ayat-ayat cinta agaknya yg dirembat beliau..
tehehehehe...


time berjalan ramai-ramai ni pun boleh tahan jugak dorang punya eksyen !
sembang kencang taknak kalah..
"sudah menjadi tugas dan tanggungjawap kita sebagai anggota polis untuk berkhidmat pada masyarakat ! kita tidak boleh merungut dengan tugas kita ini. ingat lim, linggam, masyarakat bergantung harap sepenuhnya pada kita untuk membanteras jenayah" kata inspektor aliza kepada detektif-detektif beliau sambil mereka berjalan menuju ke lobi ibupejabat polis !


peh ! sembang nak ala-ala skema je dorang ni ! ntah skrip tu kopi pes dari visi dan misi PDRM pun gua tak tau la ! setiap episod lebih kurang je bunyi dialog dorang..
manada dorang nak sembang,
"detektif lim, semalam saya ke uptown danau kota ! boleh tahan juga ye beg-beg tangan louis vuitton tiruan yg dijual di sana ye. otak-otak pun sedap..
sekali saya bantai makan 10 keping ! tehehehe.." gurau inspektor aliza sambil menghirup kopi cap kapal api .


part kejar-mengejar dgn orang jahat tak payah cerita la !
ada ke patut jumpa orang jahat gi jerit "hey berhenti ! kami polis !!"
apa jadahnya orang jahat tu nak berhenti dah lu tu polis..
ingat ni main polis sentri kat padang sekolah sementara menunggu waktu rehat habis ke?!


yg tak tahan tu orang jahat balun tembak puluh-puluh kali pun satu haram tak kena budak-budak polis ni !
datang datang je lim ke linggam ke, tembak tak sampai 4th try dah kena orang jahat !
paling koman pun kena tangan or kaki orang jahat tu la !
dalam cerita ni silap haribulan detektif pompuan pun boleh belasah pukul saudara Yang Kasim yg badan mcm pengawal kelab malam tu!
tehehehe..

dia ni kalau tak silap gua ntah dah berapa kali pegang watak orang jahat dalam gerak khas! identiti lain-lain pulak tu.. gua agak orang jahat kt malaysia ni semua muka ada iras-iras kot! hehehe




sebenarnya banyak lagi gua nak expose kelemahan drama bersiri gerak khas ni tapi masa tak mengizinkan !
yela dah dari kecik gua disajikan dengan drama ni mahunya tak nampak kelemahannya kan !
lu kalau dah lama bercinta pun lu boleh tau kan baik buruk awek lu..
kentut pun dah tak berapa nak wangi macam time baru-baru kapel dulu ye tak?
tehehehehe..


babai !






p/s: gua tengah tunggu ni bila gerak khas nak buat episod pasal budak 15 tahun kena tembak dengan polis haritu ! kamonla yusof haslam gua tau ni isu sensitif tapi takkan lu tak berani kot? hehehe

Wednesday, May 26, 2010

ibu gua

ibu gua sejak gua balik cuti semester ni kerap memberi nasihat kepada gua!
teori nasihat beliau pula tidak lain tidak bukan disampaikan dengan baik dalam bentuk leteran tipikal emak-emak!
ibu gua memang peleter tegar!
tetapi tidak sekali pun gua ambil hati kerana gua sedar itu tanggungjawap seorang ibu selepas penat lelah mengharungi aktiviti 'riadah suami isteri' bersama ayah gua dan mengandungkan gua selama 9 bulan!
ini sekali gus memberikan hak eksklusif kepada beliau utk memberi leteran ke gua!

di suatu petang yg damai sedang gua stim2 melayan siaran televisyen gua dikejutkan oleh leteran ibu gua!
dia kelihatan begitu risau dgn gua yg pada pemikirannya asyik terperap di rumah!
dia inginkan gua keluar utk beriadah bagi menyihatkan badan!
kadang kala leterannya diselang selikan dengan perkataan2 seperti cangkul, tanah, bercucuk tanam dan jagung!
gua mula paham intention sebenar dan isi-isi penting syarahan ibu gua pada petang itu!

gua ada juga sekali sekala ke dapur pura2 ingin minum air ketika syarahan berlangsung!
niat gua tiada lain ialah ingin memotong stim ibu gua sedang berleter!
adala dua tiga kali juga gua aplikasikan teknik ini.
malangnya modus operandi gua gagal kerana apabila gua kembali ke depan tv gua dapati ibu gua tetap tegar dan terus dgn leteran beliau!
agak kurang hajar kalau gua terus masuk ke bilik layan fesbuk dikala dia sedang berleter!
syurga di bawah tapak kaki ibu, bukan di wall fesbuk mahupun di blogspot! hehehe..


tiba2 leteran ibu gua terhenti..
gua x berapa ingat sgt mcmna boleh terberhenti tp kalau x salah gua leteran ibu gua terpotong sbb ayah gua call kot!
time2 mcmni la rasa sayang gua terhadap ayah gua bertambah! heheheh...

gua dengan senang hati membuka langkah terus kebilik layan fesbuk! tehehehe -_-"
peluang2 begini rugi jika dilepaskan!
tapi sebagai anak yg soleh gua tetap bear in mind yg niat ibu gua berleter petang tu ialah supaya gua beriadah peluhkan badan sihat sentiasa! tu je..





p/s: ibu gua xtau yg gua hari2 berpeluh sbb bersauna! cadar katil gua ni kalau gua balun tidur 5 jam siang hari, peluh punya pasal silap2 sampai boleh perah la gua rasa!

Sunday, May 23, 2010

awek

gua rasa gua ada sangkut kt sorang awek ni la!
dia ni kawan gua jgak..
tapi masalahnya gua xtau pulak dia syok kt gua ke tak!
kitorang memang agak rapat!
dia pun mesra melayan gua..
tp xde plak tulis dalam kamus dewan edisi 2009 "mesra melayan gua" membawa maksud "syok dekat gua".
gua nak ayat2 pompuan ni memang gua fail !
nak buat ayat bahasa inggeris pun lagi la gua fail..
subjek dgn predikat memang kelaut..

berbalik dgn cerita awek tadi, dia ni biasa2 je! xdela cun sgt..
cocok sgt la dgn gua sbb gua hensem bergaya! kiranya saling melengkapi la ye tak?
gua ada jgak bagi2 hint romantik kt awek ni yg gua suka kt beliau..

"weh bongok! jom gi makan.."

tu antara contoh hint romantik yg gua da kasi kt dia melalui khidmat pesanan ringkas sms !
gua rasa mesti kt rumah dia tersipu-sipu malu baca msg gua tu!
sbb dia x reply reply pun message tu..
orang tua-tua ckp diam tanda setuju!
tak lama lagi kapel la gua ni gua rasa! hehehehe -_-"






p/s: tapi kenapa sampai sekarang dia x message2 gua langsung ni?! huh...

Saturday, May 22, 2010

budak hitam

gua terkamjat seketika!
rupa2nya, ada budak hitam selain gua!

ini memang kebetulan yg tidak dapat dielakkan!
antara gua dgn beliau sama sekali tiada kena mengena...




p/s: standard ah! kan ada lagu 10 budak hitam.. maknanya ada lagi 8 orang la saudara gua yg belum gua temui! tehehehe..

Wednesday, May 19, 2010

pregnant !

gua rasa gua pregnant hamil mengandung serta berbadan dua la!
lu orang jgn gelak..
gua serius ni !



gua tak datang haid !







p/s: sapa nk bertanggungjawap ke atas baby x berdosa ni?

Tuesday, May 18, 2010

pasar malam

semalam gua sempat follow abah gua ke pasar malam!
tak disengajakan sebenarnya ni..
dah lama rasanya gua tak ke sana..
yg bestnya tentang pasar malam ialah gua pegi petang, tpi semua orang insist ckp gua pergi pasar malam! tu gua x paham..

sebenarnya yg best gi pasar malam ni ialah dapat usha jeling2 awek..
kt tempat gua kalau nk tgk awek cun ramai kt pasar malam la tempatnya!

gua relax je jalan2 follow belakang abah gua smalam!
gua xda tujuan pun abah gua la nk beli ikan!
nak masak gulai katanya..

tgh abah gua syok feeling pilih ikan kembong besar2, gua steady je silang tangan ke dada kt belakang dia!
ala2 bodigad..
gua tau ni memang posisi normal gua kalau abah gua tgh beli ikan sbb kerja gua bakal tiba lepas sesi pilih memilih ikan ni!

tiba2 gua terdengar bunyi dialog perbualan pasangan siam!
perghh telinga gua dgr je perbualan dalam bahasa siam tgh2 pasar ni otak gua memang x kelain dah!
terus gua bayang yg gua tgh belakon filem ong bak kt tgh2 pasar ni!
scene lari2 laju pukul orang jahat lompat tendang helmet sampai pecah mmg tgh play dalam palahotak gua!
muka brader jual ikan ni pun ada potensi nk pegang watak jahat ni!
dgn rambut mat rempit muka ganas dia..

gua toleh belakang usha pasangan siam tu!
muda lagi..
ni gua bajet kalau bukan adek bradek mesti pengantin baru ni..

gua sempat jeling2 awek siam tu! boleh tahan
dia jeling gua balik!
gua nampak dia jeling gua balik, gua terus pandang tempat lain!
gua takut dia segan pulak menerima jelingan daripada lelaki kacak..




"amek tu!"
arah ayah gua..
nahhh! da sampai da job gua kalau dtg pasar malam..
ni la job gua! tukang pegang segala plastik2 ikan, sayur, daging, ayam, ubat tikus, gam gajah..
semua la kalau yg beli kt pasar malam tu mmg gua la tukang pegang sehinggala membawak ke bonet kereta!
ni la yg sebenarnya gua tak gemar datang pasar malam ni!


sebelum beredar gua sempat cari awek siam tadi kot2 dia usha rapat kt gua lagi tapi da tak nampak da!

last2 abah gua beli cendol dalam cup plastik satu kongsi dua orang!
terus balik!
tak sempat gua nak beli beger goreng rm1.20! huh . . .


babai !





p/s: otw balik abah gua singgah kedai suruh gua turun gi beli santan! haaa, ni pun gua x gemar jgak ni!

Monday, May 17, 2010

fesbuk

gua baru buat group kt fesbuk!
group utk blog gua ni..
standard la gua kan bajet bagus baru ada 5 followers da buat group!
senang2 join la..
ajak kawan2 semua!
orang mcm gua memang bercita2 besar..
sembang pun xnak kalah..
hahahaha...




p/s: gua da plan nk buat lawatan gi muzium negara bila2 senang! nk ikut join la group gua kt fesbuk tu . . .

Sunday, May 16, 2010

gua da tukar nama blog gua!
setail x?!
lu orang jgn jeles plak sbb gua hitam!
lu orang tukar la nama blog lu orang jadi "LAGENDA BUDAK PUTIH" ke, budak kelabu asap ke, kuning langsat ke!
apa2 je la!
gua memang x angkat peduli hal lu orang..
janji lu orang sapot gua dah le!

babai !




p/s: gua igt nak buat filem nk celen ceta farid kamil 'lagenda budak setan' tu la! sial dia curi heroin gua . . .

Thursday, May 13, 2010

takdamaya

damn ceta adamaya da tamat! habes lepas ni gua nak layan ceta apa plak ptg2? takan gua nk layan katun netwek dgn adek gua plak kan? jatuh la ego macho gua ni!

tapi gua mcm ada agak sikit x puas hati la dgn ending ceta adamaya tadi! gua rasa mcm dia ada sikit melanggar norma-norma peradaban drama melayu la! bukan drama melayu part yg last2 episod ni kena ada yg kena langgar ke, pukul ke, jatuh sakit ke, mati ke! bukan sepatutnya mcm tu ke? ke gua yg over ni! lu orang jgn malukan gua plak...

gua agak episod tadi tu si dani nk gi bunuh ke apa ke si adam tu lepas si maya mintak putus kapel! sekali anggapan gua meleset la! takde plak babak tu.. terkejut gua! tadapat tgk scene2 berdarah tangis tawa jadah semua ni..

tapi gua x angkat peduli semua2 ni sbb the main reason gua layan ceta ni pun sbb nk tgk si amani tu belakon je! comel sial..
lu orang jgn igt gua pedofilia plak.. gua x mcm tu beb! gua suka budak2 sbb gua mmg ada sifat2 penyayang kebapaan dlm diri gua ni dari dulu lagi! kira gua dgn adam x banyak beza la ..
*ah awek yg nk nombor telefon tu nnti gua kasi eh!*

ni budak ni gua rasa bila besar boleh ganti nasha aziz dgn erra fazira ni!





p/s: gua ingat nk gi mintak no fon si amani ni la! mana la tau kot2 dia ada friendster, boleh main komen2 gambar ye tak? hahaha...

Wednesday, May 12, 2010

tak lawak!

gua malas nk menulis time2 camni sebenarnya tpi da gua mcm lepak buang masa je kan dpn laptop ni, so baik gua menulis drpda gua layan benda2 x senonoh hidangan syaitan dlm internet ni!

gua nk ceta pasal exam gua! gua mcm da boleh target la ada 1, 2 subjek yg berpotensi besar gua bakal repeat! gua ni bukan nk belagak tapi gua rasa gua ni pandai la jugak kan kalau x mustahil gua dapat menempatkan diri gua dikalangan pelajar2 ipta! cuma tinggal lagi gua ni malas je gua rasa..
yela rumah sewa gua bayar kot duit internet tiap2 bulan, membazir sgt la kalau gua biarkan laptop x dilayari alam bahagia bersama internet!

gua celek mata tidor online je keja! fesbuk mespes blog lagi, mmg x jadi keja la jwpnya! makan gua tolak tepi! nk gua tegaskan kt sini bukan gua tolak mknan tu kt kwn tepi gua, maksud gua gua tangguhkan dulu bab2 mkn ni.. malam baru perut gua dapat nafkah batin! duit jgak masalahnya ni.. mana ada duit kan nk jamah mkanan sehari 2,3 kali! nak pow kwn2 gua segan.. dorg pun bkannya beduit sgt.. kalau yg beduit tu pun gua x kamcing dgn dorg plak! standard ah gua working class beb, bkn geng mintak duit mak bapak! sgt uncool..

kawan2 gua toksah tanya la! dorang nk nasihat gua? dorang pun duakalilima mcm gua! siap gayut dgn awek lagi! gua ni xdak awek, solo stylo! saja la nk bagitahu.. nanti gua kasi no telefon kalau lu orang nak! yg jantan lu abaikan ayat ni dan terus ke perenggan seterusnnya ye~

ni gua syok layan tulis ceta panjang lebar gua pun da tak tahu hala tuju cerita gua ni pasal apa ni! nak behenti kt mana pun gua da lost ni! so gua behenti kt sini je la.. esok2 gua ada idea best gua tulis lagi -_-"





boring ceta gua?!! weyh ada ke gua tulis kt atas tu ni ceta lawak?! huh...



p/s: gua mati akal ni!

Tuesday, May 11, 2010

janda

gua dengar cikgu bahasa melayu time gua dajah enam dulu da janda sekarang! laki dia tinggal cerai!

agak2 dia ingat gua lagi x eh?








p/s: dia cun wooh dulu !!!

modus operandi

gua agak modus operandi gua jalan2 blogwalking sambil tinggal komen kt chatbox orang da menampakkan hasil nih! time gua tulis ni da ada satu follower da! to kambeng hitam, thanks sbb jadi 1st follower gua! lu takan menyesal la der! hahaha . . .






p/s: kambeng hitam, lu follow gua bukan sbb kita sama2 hitam kan? kan?

bek tu besik

gua da lama tak selak2 majalah pervert tempatan for example urtv dan mangga!
gua agak gua macam nak back to basic la!
gua nk gi post gambar gua kt ruangan mari berkenalan majalah2 tu.
manalatau nasib badan six pack gua sangkut jgak janda ke awek kilang ke..
busuk2 pun minah indon 2, 3 orang!

gambar mana nk hantar?
of kos la gambar paling hensem gua yg gua tangkap dua tahun lepas dengan henset kamera 2 megapiksel yg baru gua beli time tu!
mahu x hensem gua dalam gambar tu, siap tangkap sendiri dari angle atas tu!
standard da mcm model2 da gua time tu! muda lagi la katakan~



p/s: isu bulan depan lu all jgn lupa beli plak! gua da lama impikan publisiti murahan mcm ni! macam haram . . .

Monday, May 10, 2010

bibir

gua da x tahan! sejak adik gua balik cuti semester ni dia dah berubah! da x macam dulu! dress up pun da lain gua tgk.. bilik dia boleh kata tiap2 hari berkumandang lagu tu! gua xtau apa dia belajar kt uitm dia sampai dia da berubah jadi sampai macam ni!




ada ke patot dia layan lagu justin bibir! jgn sampai ada yg kena putus saudara plak nnti . . .




p/s: adik gua tu laki!

merapu

gua rasa fesbuk da mula merapu! ni dah merapu tahap fight2 jgak dgn mespes ngan frenster ni! mana taknya, ada ke patut time gua tengah layan2 borak dengan member2 gua, dorang boleh bukak crita pasal untung la, kaya la korek duit sana korek duit sini! gua yg penuh dengan semangat kuriositi sejak azali lagi da start tensyen benda apa la lahanat2 ni dok borak x gitau gua ni! kok ye pun nk join MLM gitau la gua jgak kan! boleh gua tumpang untung sbb kalau nk tumpang modal mmg gua xdapat nak nolong la sbb gua hidup sampai skrg pun cuma bermodalkan rupa yg hensem dan budi bahasa yg mulia je!

agak dorang da xtahan dgn sifat kuriositi tanpa putus asa gua dorang pun ajak la gua join program yg dibangunkan melalui laman sosial fesbuk yg kononnya boleh buat gua cepat kaya!
gua x tunggu bapak dah terus bkak laptop gi masuk fesbuk.

lu orang semua kalau nk usha program tu kelik je kt sini!





p/s: kalau betol la program ni boleh buat duit, mahu tiap2 hari gua gi tadah lubang hidung gua ni kt paip ekzos bas mini sekolah! huh ...

aiskrem

seingat gua dulu2 time gua kecik mak gua ada jual aiskrem yg bancuh sendiri tu yg letak dalam plastik panjang jual seposen satu tu! tapi gua x ingat plak kalau mak gua ada buat untung jual aiskrem tu sbb selalunya kitorang adek beradek yg tolong habeskan! aiskrem milo la gua rasa perisa paling best time tu selain bandung! gua rasa kalau mak gua jual lagi aiskrim tu sampai skrg mau ada perasa bandung cincau dgn milo tabur plak hasil evolusi aiskrim ni!

lantas gua yg tgh xdak keja time cuti semester ni pun terpikir nk jual aiskrem tu! yela cita2 tinggi nk pakai keta mahal kan, takkan gua nk gi jual jamu secara MLM dari rumah ke rumah plak kan?! agak2 ah!

gua rasa nk jual aiskrem tu la tapi gua risau persaingan sengit yg bakal timbul hasil iri hati makcik2 jiran2 rukun tetangga gua! standard ah melayu tak bleh tgk orang lain maju kan! kalau dorang guna khidmat bomoh siam gi santau aiskrem gua camna? jenuh menjawap gua dgn makbapak budak2 yg beli aiskrem gua..

tapi bukan persaingan tu yg gua risau sebenarnya! gua lagi risau kalau2 aiskrem tu habes kt gua sorang je plak nnti! tak ke lingkup gulung tikar plak bisnes gua ni..







so gua dengan berat hati amek keputusan utk penuhkan masa cuti gua ni dgn tido je la! lu orang jgn tak puas hati plak ckp gua buang masa ke hapa ke! gua da ada plan tapi da terhalang kan nk buat camna . . .



"mak, simpan lagi x plastik aiskrem yg mak jual 13 tahun lepas? gua xda modal la nk start bisnes! tehehehe -_-"

undimasuk

gua da agak da dorang orang tv ni mesti gila duit punya! kejap undi keluar kejap undimasuk gua nk undi cadangan ditutup dorang x kasi mcm tu plak! gua memang x gemar AF ni tapi da adek2 gua nk tengok memang gua xda pilihan lain la kan?




"eh apsal lu ubah chenel abang nk tgk sapa dapat masuk balik ni! gi maen luar sana!!!"